
Salam & Greetings
2 post dalam satu hari??hehe..saje nk membalas dendam sebab dah lama xde post..entry ni nk cakap pasal jodoh..pernah dengar tak soalan2 kat bawah ni:
single=bile nak ade pasangan?
couple=bile nk kawen?
dah kawen=bile nk ade anak?
haaa..itu antara persoalan yang biasa ditanya oleh orang2 sekeliling yang mengambil berat pasal kita kan..kadang2 rimas juga dengan soalan2 ni especially bagi yang single macam aku ni..hehe tapi kena banyak bersabar dan sedekahkan senyuman..soal jodoh xboleh nk agak..bila tiba masa yang sesuai maka akan datang la pasangan kita..sambil2 tu kena la berusaha dan banyak berdoa juga..kerana Allah knows the best..Allah dah tetapkan jodoh kita, dengan siapa kita akan berkahwin, bila kita akan berkahwin, mcm mane rupa pasangan kita..itu semua dalam pengetahuan Allah..kita sebagai hamba kena banyak berdoa agar dikurniakan pasangan yang beriman, yang sekufu, elok budi pekerti dan akhlak, pekerjaan yang bagus dan halal..selain itu kita juga perlu berusaha mencari dan membaiki diri agar layak untuk pasangan yang didambakan..kata orang biar sepadan dari semua segi..
aku ade terbaca jawapan yang bagus untuk soalan2 "cepu emas" diatas..lihat kat bawah ---->>>
best answer tentag perkahwinan:
kenapa lambat kahwin? --->>Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
Dah berpunya? --->>Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing²
Siapa?--->>Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
Bila?--->>Bila kami dah dipertemukan..
InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti...
p/s: Janganlah selalu bertanya bila org tu nak kawen kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya. Perkara terbaik ialah mendoakan semoga di permudahkan segala urusan.