Thursday, December 8, 2011

::singgah sejenak::

Salam semua..

Hari ni nak singgah sekejap tengok2 blog ni..hehe..nak cakap pasal ape ye..Let's have some motivational talk then!

Have a read!



Dah baca quote kat atas? Itu salah satu sumber motivasiku di saat2 diri ni rasa sangat down dan tertekan..jalan untuk menuju kejayaan tidak semudah yang disangka dan digambarkan. Kadang2 kita akan berdepan dengan kegagalan..kita perlu bangkit selepas kegagalan itu dan teruskan mendaki anak2 tangga menuju puncak kejayaan dengan penuh semangat dan azam berbekalkan kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa. Percaya pada diri sendiri dan kemampuan yang ada pada diri kita. Kadang2 kita xsedar yang diri kita mampu menjadi lebih hebat dari apa yang kita sangka. Oleh itu, percayalah pada diri sendiri dan berusahalah menjadi manusia yang lebih hebat..Kejayaan yang diimpi pasti menjadi milik kita cuma cepat atau lambat adalah urusan Allah, kita kena teruskan berusaha dan bertawakal..Sekian.




Love,
daya86 (,")(",)

p/s: Ayuh kembangkan setiap potensi yang ada dalam diri kita..SAYA BOLEH!

Monday, December 5, 2011

::kelebihan bulan MUHARRAM::



Salam & Greeting

Hmmm..baru je balik jumpe supervisor..ade banyak lagi yang nak kena improve ngan research proposal..tapi xpe. It is a learning process..i know i CAN do it...

Hari ni nak kongsi cerita pasal kelebihan bulan pertama dalam Islam iaitu bulan Muharram..dalam bulan ni sangat banyak kelebihannya..Bulan Muharram juga dikenali sebagai bulan Allah. Pada bulan ini Allah mengharamkan segala bentuk peperangan dan segala bentuk pertengkaran yang membawa kepada pertumbahan darah. Pada bulan ini juga kita disunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 & 11 Muharram..Kat bawah ini disertakan kelebihan2 bulan Muharram. Marilah kita sama2 baca, hayati dan amalkan....

Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allahakan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapayang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', makaseolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.”


Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa..(Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.)
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

edited from : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah: Benar!.

•Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',

•dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';

•dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';

•dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';

•dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';

•dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'

•dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';

•dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';

•dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';

•dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

sekian

love

daya86 (,")(",)

p/s: sama2 lah kita meningkatkan amalan2 sunat sambil menjaga yang wajib

::coret2::


Salam & Greetings

waaa...sdh lame tdk menziarah blog ini sampai berhabuk..dah xnmpk ape pun..habuk semate2..hehhe
ape sebabnye ye??hmmm..konon busy la ala2 PM gitu, yang sebenarnya malas nak menulis + busy dengan kerja2 perkeranian dan kelas tambahan yg xpernah berhenti sampailah exam muncul.. Alhamdulillah sekarang ni dh blh bernafas lega la sikit..tp sikit je sebab ade satu lagi benda penting yang sangat2 penting untuk kerjaya masa depan aku...apa itu?

haa..siapkan research la..ak sambung belajar,ambik masters research part-time kat USM..agak sibuk la nak menguruskan masa between work + study..ape2 pun fizikal + mental + kewangan kena kuat..baru blh berjaya dgn cemerlang..xsabar nk pegang scroll masters..InsyaAllah will be mine one day..Ameen

best ke sambung belajar??best sangat2..kenapa?kita boleh belajar banyak benda baru dan secara tidak langsung kita akan jadi manusia yang lebih advanced and knowledgeable dari orang sekeliling kita..kita akan jadi lebih maju dan matang..ilmu xkan habis dicari..semakin banyak kita cari semakin kita rasa kurang dengan apa yang kita ada, jadi secara automatik kita akan berusaha untuk mencari lagi dan lagi..tidak rugi menambah ilmu kerana ilmu pelita hidup..dengan ilmu kita akan lebih dihormati dan kita akan dapat pahala jika dapat berkongsi ilmu yang kita ada..berilmu dan beramal banyak faedahnya...kesimpulannya..tambahkan ilmu dan tingkatkan pengetahuan seperti maksud satu hadis Rasulullah S.A.W "tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad"..proses mencari ilmu dan pembelajaran berlaku sepanjang hayat sehingga nyawa dipisahkan dari jasad, ketika itu terhentilah proses mencari ilmu dan pembelajaran..belajarlah selagi masih hidup..sekian

Love,
daya86

p/s: sama2 lah kita menambah pengetahuan dan menjadi insan yang berilmu disisi Allah dan manusia.